Exforge HCT 5/160/12.5

Exforge HCT 5/160/12.5 adalah ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia mengandungi gabungan ubat amlodipine, valsartan dab hydrochlorothiazide. Exforge HCT 5/160/12.5 diperbuat daripada bahan-bahan tersebut:

  • Amlodipine besylate (5 mg) : Ubat ini dapat merehatkan otot dalam salur darah justeru membesarkan salur darah dan menurunkan tekanan darah.
  • Valsartan (80 mg) : Ubat ini menyekat angiotensin II iaitu sejenis kimia yang meningkatkan tekanan darah.
  • Hydrochlorothiazide (12.5mg): Ubat ini dapat menyingkirkan cecair yang berlebihan daripada badan melalui air kencing untuk menurunkan tekanan darah.